Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog
PENJEJAKNERAKA.overblog.com

mendedah aurat membawa maksiat.....

Posted on December 15 2012 by MUHAMMAD HARITH SAADIN in RENUNGAN




ADA orang bersikap suka menunjuk-nunjuk kekayaan, perhiasan dan kehebatannya. Tidak  kurang juga ada wanita muda sengaja menunjukkan bentuk badannya menerusi pakaian  ketat dan jarang ketika berjalan atau menghadiri  sesuatu majlis keramaian.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam Surah  Al-Nur, ayat 31 yang bemaksud: "Janganlah mereka  menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui  orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah sekelian kepada Allah wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Menerusi ayat di atas, Allah dengan jelas  memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengajar pengikutnya supaya menundukkan sebahagian pandangan mereka serta menahannya  daripada melihat wanita yang bukan muhrimnya (muhrim bermaksud wanita yang diharamkan berkahwin dengannya). Mereka juga dilarang  memandangnya kecuali pada apa yang dibolehkan saja.

Begitu juga, Allah memerintahkan mereka supaya memelihara kemaluannya daripada perbuatan zina  dan sekali gus menjaga auratnya supaya tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sesungguhnya sikap itu  akan lebih aman dan terselamat daripada  terjerumus kepada perkara kejahatan.

Sebenarnya pandangan itu sendiri boleh menimbulkan syahwat dan kadang kala keinginan itu boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan. Oleh itu, apabila seseorang terpandang sesuatu yang diharamkan dengan
tidak disengajakan, maka hendaklah ia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Jangan sekali-kali merenungnya dengan begitu lama, terutama terhadap wanita kerana Allah sentiasa memerhatikan apa jua yang dikerjakan oleh seseorang seperti firman-Nya bermaksud:

"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat (yang terlarang) dan apa yang disembunyikan oleh hati." (Al-Mukmin, ayat 19).

Allah juga menekankan perintah-Nya kepada wanita yang beriman agar menundukkan pandangan serta memelihara kemaluan mereka. Malah, mereka lebih ditekankan daripada lelaki dengan melarang daripada menampakkan perhiasannya, melainkan kepada orang tertentu sahaja, iaitu orang yang diharamkan berkahwin dengannya dan keluarga mereka yang terdekat.

Kalau dilihat kepada sebab penurunan ayat ini, maka di sana ada satu daripada riwayat yang menyebutkan bahawa Ali bin Abi Talib meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki pada masa hidup Rasulullah berjalan di sebatang jalan di kota Madinah, tiba-tiba dia melihat seorang wanita dan wanita itu juga melihatnya.

Kemudian, kedua-duanya terpujuk oleh syaitan sehingga masing-masing berasa kagum antara satu sama lain. Pada waktu lelaki itu berjalan menuju ke sebuah dinding, sedangkan matanya masih terpaku pada wanita tadi, tiba-tiba dia terhantuk ke dinding itu hingga cedera hidungnya.

Lantas dia berkata: "Demi Allah, aku tidak akan membasuhkan darah ini sampai aku berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan kepadanya
kejadian ini. Lalu dia menemui Rasulullah dan menceritakan apa yang berlaku.

Baginda kemudian menjawab: "Ini adalah balasan kepada dosamu." Kemudian Allah menurunkan ayat-Nya: "Katakanlah kepada kalangan lelaki
yang beriman hendaklah menundukkan sebahagian pandangannya..."

Sesungguhnya wanita pada zaman jahiliah seperti juga zaman sekarang (jahiliah moden), suka mendedahkan dada, leher dan kedua-dua lengan
mereka ketika berjalan di hadapan lelaki ajnabi (yang bukan muhrimnya).

Boleh jadi dengan pendedahan itu akan menimbulkan keinginan dan fitnah kepada lelaki disebabkan pakaian dan tubuh badannya yang
menggiurkan itu.

Dalam konteks ini, Imam Ibn Qayyim mengemukakan beberapa faedah dan kesan positif daripada menahan pandangan daripada perkara
yang haram ini, antara lain, katanya: "Melaksanakan perintah Allah yang
adalah kemuncak kebahagiaan seorang mukmin, mencegah pengaruh negatif akibat pandangan yang berbisa, menguatkan hati dan jiwa,
membuatkan hati bercahaya serta menutupkan pintu-pintu pujuk rayu syaitan."
Kata beliau  
Comment on this post